Bisikan syaitan di telinga Nik Aziz



Nik Ajis menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Saya dah tua tak perlu jadi dalang orang dah. Tegas Nik Ajis terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan beliau yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Ajis hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Ajis sendiri.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Ajis dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, Masjid Nuraini Pasir Hor, masjid yang dibiayai penuh oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Ajis yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan.

0 comments:

Post a Comment