Belina Shop

Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Islam Akan Maju Tanpa PAS


PM kelmarin mengatakannya di sebuah kawasan perkampung FELDA diutara Tanah Air. Kata beliau, sebenarnya UMNOlah parti islam sebenar dalam negara ini. Tentunya bila PM berkata demikian, kata-katanya itu disandarkan banyak bukti nyata yang telah UMNO lakukan selama hari ini.

1. Didalam Perlembagaan UMNO, Islam adalah objektif perjuangan utama selain drp bangsa melayu dan negara Malaysia. Dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah ini, UMNO telah mengangkat Islam dan penganutnya kemercu kejayaan, yang tidak siapapun dapat menafikannya. PM memberikan contoh dengan kejayaan mengangkat umat islam melalui FELDA. Dan ingin ditambah disini, bukan hanya sekadar FELDA, malah banyak lagi kejayaan yang umat islam Malaysia kecapi dibawah perjuangan UMNO. Ini termasuk dalam berbagai bidang seperti ilmu pendidikan, ilmu kedoktoran, perniagaan, politik, keagamaan, dan berbagai-bagai lagi. UMNOlah sebuah parti yang telah membuktikan bahawa prasarana untuk pembangunan islam negara berada diposisi yang sepatutnya. Banyak wang negara yang secara sengaja dengan Niat suci diperuntukkan kepada pembangunan syiar dan syariat islam.

2. Dalam mengangkat islam di Malaysia, UMNO mengguna-pakai pendekatan lunak dan sangat berhemah. Ia sesekali tidak menguris perasaan hati kaum bukan islam, bahkan dengan rela hati mereka pula sebaliknya menyokong menerapan islam yang dibawa oleh UMNO itu. Islam dan penganutnya yang berada dalam UMNO tidak radikal dan tidak sesenangnya bertindak liar dalam perjuangannya. Insyallah...suatu hari nanti, apa yang menjadi "kerunsingan" kepada PAS akan dapat dipenuhi oleh UMNO.

3. Dalam negara ini apa yang anda rasa, menghalang anda dari melakukan ibadah serta menunaikan tuntutan agama anda secara selamat, aman, sentosa tanpa gangguan? Sejak merdeka, hanya terdapat sakali dua peristiwa yang mengancam keselamatan dan ketenteraman negara, yang melibatkan isu agama islam. Itupun berpunca angkara dari bukan penyokong dan ahli UMNO. Tetapi mereka yang bersikap radikal. Contoh paling jelas ialah peristiwa memali, Darul Arqam dan kini peristiwa perangai Tok Guru Nik Aziz. UMNO selamanya mempercayai bahawa islam akan berkembang maju dengan pesat jika negara berada dalam suasana aman damai tanpa gangguan ekstrimist itu tadi.

4. Sepatutnya kita penganut islam dalam negara ini mengambil suasana di Iraq, Pakistan, Afghanistan, Iran dan lain-lain itu sebagai tauladan. Bahawasanya sikap bermusuh-musuhan dengan penganut lain akan mengundang mala petaka. Jika ini terjadi di Malaysia, bagaimanakah islam boleh dikembangkan dengan syumul???Sekarang ini kita melakukan segala ibdah dalam suasana tenteram. Dan ketenteraman itu akan hilang, jika kita bertabiat seperti "lembu-lembu dijalanan".

Jgn mudah terpedaya dgn lakonan pemimpin DAP, PAS & PKR

Anggota Umno diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan lakonan pemimpin DAP, PAS dan PKR yang sejak akhir-akhir ini mempamerkan wujud perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik untuk mendapat perhatian rakyat.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata ini dapat dilihat dalam kes perobohan pusat penyembelihan babi di Taman Berjaya, Alor Setar oleh kerajaan negeri Kedah.

Berikutan itu DAP negeri mengumumkan keluar dari pakatan pembangkang negeri itu, tetapi akhirnya menarik balik keputusan itu setelah perbincangan antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Taktik bergaduh sesama mereka dapat juga dilihat di Selangor apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mendesak kerajaan negeri Selangor merombak barisan Exco Negeri, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Serdang di sini Ahad.

Beliau berkata inilah cara digunakan pembangkang agar rakyat tidak mempersoalkan apa yang mereka telah buat, dan apabila terjadi perkara seperti, Umno diminta memberi respon dan berkata "Oh mereka adalah pakatan yang rapuh dan telah berpecah."

"Tetapi selepas itu mereka masuk semula (bersatu). Kalau mereka tak buat macam ini, mereka tak ada modal nak buat. Jadi kalau tidak pun, mereka akan salahkan BN (Barisan Nasional)," katanya.

"Jadi kita (anggota Umno) jangan mudah terpedaya. Mereka tidak berbuat apa-apa untuk rakyat dan hanya menggunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Pada sidang media kemudiannya, beliau berkata Pemuda Umno kini masih menunggu maklumat lanjut dari Dewan Pemuda Pas mengenai wacana ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS itu.

Razali berkata Pemuda Umno telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan hanya menunggu Dewan Pemuda PAS menetapkan tarikh, masa dan tempat.

Pas Menang Nyawa Ikan & 65 Undi Lagi adalah undi Ikan Keli

Pisau mengucapkan tahniah kepada calon PAS abe Uji kerena memenangi DUN Manik Urai, inilah kemenangan yang paling buruk sejak pru12, sedikit atau banyak jumlah undinya,PAS masih tetap mengekalkan kerusi penyandangnya.

Kemenangan yang tidak mengembirakan pimpinan PAS ini,menandakan faktor Tok Guru sudah tak releven lagi di Kelantan, hampir tiap hari tok guru berkempen siang dan malam,namun indikasi terjemahan undi mengambarkan berlaku penolakan dalam jumlah yang besar dalam majoriti undi kali ini.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi. adalah kemenangan tipis buat PAS yang sebelum ini mendabik dada mampu meraih lebih 2000 majoriti undi.

Pisau cadangkan kepada pucuk pimpinan BN agar meneliti semula dengan tawaran TPM jika menang akan membina jambatan di sana, Bukti kan kepada Rakyat Manik Urai didahulukan,tolak sebentar perbezaan politik, walau pun kalah,BN harus tetap membina jambatan untuk rakyat di Manik Urai. Buktikan kita menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang prihatin. Nasib 5,283 pengundi yang memilih Tuan Aziz harus diberikan perhatian,tanpa mengira BN kalah.teruskan agenda rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Selepas ini, Pisau berharap kerajaan tidak menunggu tibanya pilihanraya baru tergesa gesa memberi pelbagai janji, setiap pemimpin tempatan harus mengambil pendekatan yang proaktif untuk meraih kembali kepercayaan pengundi,dekatkan diri anda dengan penduduk tempatan, jangan lah sombong dan tidor.Ambil berat dan prihatin nasib rakyat.Jangan menjanjikan bulan dan bintang ketika tibanya pilihanraya.

Di siaran TV Awani malam tadi, salah seorang panelis mengakui jentera BN kali ini lebih efektif dalam meraih pengundi rakyat berbanding jentera PAS yang hilang arah,pujian harus diberikan kepada Tok Pa dan seluruh jentera BN yang berkerja keras semasa tempoh kempen.

Buat Tuan Aziz,anda jangan kecewa,teruskan berkhidmat untuk rakyat Manik Urai,buktikan anda relaven dan diterima oleh masyakarat setempat. Barangkali selepas ini,semasa PRU13 Tuan Aziz mampu mengalahkan Abe Uji.

TanSri Muhiydin wajib mengotakan janji pembangunan kepada rakyat di Manik Urai.. kalah tak bermakna janji tidak perlu dikota..insyallah janji pembangunan yg direalisasikan lebih mulia dari janji pangkah pas masuk syurga fartamorgana.

Hasil Tulisan Megat Pisau

Jangan Percaya Yang PAS Takde Pengundi Hantu!


Korang semua janganlah percaya sangat dengan kata-kata PAS yang selalu menuduh Barisan Nasional ada pengundi hantu. Tak fikir ke yang PAS sendiri ada pengundi hantu? Hantu apa? Hantu pontianak? Hantu bagainya? Fikirlah sendiri!

Kalau mereka boleh mengatakan Barisan Nasional bukan satu parti yang jujur, bagaimana plak dengan dorang? Same jer.. cakap orang lebih, sendiri mengamalkannya. Tak ke banggang namanya?

Dalam hidup ni, nak percaya pada orang boleh, tapi berhati-hati. Kang tersilap percaya sendiri yang naya. 18 tahun kononnya dah maju la kelantan tu, tapi aku tengok same jerrr! Takde pape pun berubah sangat. Satu jer bangunan baru dibina, selebihnya? masuk poket?

Berceramah kan main lagi. Najib dah seru, NATO tak patut diamalkan tapi PAS degil. No Action, Talk Over plak kan. Faham? Sekarang ni rakyat lagi suka talk less work harder. kahkahkah! Hari-hari nak berceramah. Tak habis lagi ke nak buruk-burukkan kerajaan Barisan Nasional sampai dah melalut dan mengelirukan rakyat????

Berhentilah sebelum terlambat! Manek Urai! Milik Rakyat Yang ingin PERUBAHAN DARIPADA KETANDUSAN! UNDILAH BARISAN NASIONAL BARISAN RAKYAT YANG SEBENAR!

Propaganda Perogol Rakyat Gagal Lagi

Memanglah ini cara pakatan rakyat, hendak melihat pemimpin dan penyokong BN melatah sehingga merayu-rayu kepada PAS untuk kerajaan Perpaduan.

Mujurlan BN tidak terbawa-bawa, kalau dilihat sebenarnya tak ramai pemimpin BN yang bercakap tentang kerajaan perpaduan. Itupun dah memadai DS Najib dan TS Muhyidin cucuk isu kerajaan perpaduan sehingga tidak senang penyokong PAS apatah lagi PAS Erdogan yang menyokong kuat ANwar Ibrahim.

Kalau dilihat seriusnya isu kerajaan perpaduan ini sehingga 'three stooges' ini (Hadi, Anwar dan Kit Siang) terpaksa tandatangan MoU untuk menjawab isu kerajaan perpaduan ini kerana hakikatnya PAS memang berpecah tetapi isu kerajaan perpaduan ialah isu kecil, tetapi isu Erdogan dan Ulama sehingga Husam tersingkir.

Saya dari dahulu berpendapat isu kerajaan perpduan ini adalah helah untuk kurangkan isu antara Erdogan dan Ulama dalam PAS. Kerana dengan isu kerajaan Perpaduan ini mereka boleh mengaitkan UMNO dan dituduh sebagai boneka UMNo walaupun isu ini bukanlah UMNO yang timbulkan.

Walaubagaimana pun kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO ianya adalah hati nurani ramai orang Melayu khasnya mereka yang atas pagar dan tidak berparti. Kini mereka boleh melihat sejauh mana keikhlasan PAS terhadap perpaduan Melayu dan Islam di negara ini.. mungkin ini sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran mengenai politik sempit PAS ini.

Walau apapun UMNO perlu terus memperjuangkan hak Melayu dan Islam walaupun bersendirian dan terus melakukan reformasi dalaman dan luaran dengan lebih drastik lagi. Tugas dakwah UMNO belum terhenti, dakwah kepada kesatuan dan perpaduan, dakwah berpegang kepada tali Allah, dakwah membangunkan umat Melayu dan Islam, Dakwah menjadikan negara ini 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur' dan 'khairun nas' serta khaira ummah'. Islam ialah agama yang universal yang UMNO boleh bersama menjadi alat bagi menyebarkan dakwah Islam. Islam yang sebenar dan bukan Islam yang bertopengkan politik sempit dan berkepentingan.

UMNO ialah reformis kepada Melayu dan Islam di negara ini sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam contoh dan merubah sosio ekonomi orang Melayu pada hari ini.. berapa ramai orang Melayu yang berjaya pada hari ini kerana dasar kepentingan orang Melayu, walaupun sebenarnya mereka tidaklah layak dari segi merit namun disebabkan kouta iaitu hak istimewa mereka, maka mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan berjaya pada hari ini sebagai doktor, guru, jurutera dan sebagainya. kerana inilah tujuan utama perjuangan UMNO..

Undilah Barisan Nasional Di Manek Urai


Bulan hadapan menyaksikan satu lagi perperangan besar antara Parti Kerajaan dan Pembangkang.

Walaupun kemenangan BN nanti tidak akan memberi kesan kepada Kerajaan PAS Kelantan, namun Manik Urai perlu dibersihkan dari kejumudan ideologi bulan hijau ini.


Manik Urai, Kelantan akan menjadi medan tempur bagi setiap wakil parti, berkerja bagi memenangi hati rakyat.


Manik Urai memiliki komposisi etnik hampir 100% adalah Melayu Islam dan penduduknya kebanyakan petani dan bekerja kampung. Ia merupakan kawasan pengeluaran utama buahan bermusim.


Terletak dibawah parlimen Kuala Krai, Manik Urai agak sedikit ketinggalan dari arus pembangunan kerana ia terletak agak jauh dari pekan Kuala Krai.


Dikuasai oleh PAS iaitu arwah Ismail Yaacob sejak pilihanraya 2008, Manik Urai tidak menerima sebarang projek pembangunan malahan PAS hanya jadikan ia sebagai medan ceramah kosong yang tidak produktif kepada rakyatnya.


Idea menjanjikan syurga dan kononnya undi PAS menjamin kesejahteraan di akhirat adalah manifesto lapuk yang digunakan PAS memenangi hati rakyat. Rakyat beragama Islam yang cetek pemikirannya akan totok memilih PAS.


Jadi ada dua elemen yang boleh digunakan oleh BN bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka kerana kelebihan kini ada pada BN jika ia digunakan sepenuhnya.


Antara elemen itu adalah:


1. Pertanian dan hasil buahan bermusim.


Oleh kerana ia merupakan sumber ekonomi utama penduduk Manik Urai, maka agensi di bawah kementerian pertanian perlu turun padang membantu penduduk di sana. Antara yang boleh dilakukan adalah:


a. Naik taraf infrastruktur kawasan pertanian Manik Urai.

b. Masukan Manik Urai sebagai salah sebuah kawasan projek Pertanian Berkesan Tinggi (High Impact Project) dibawah selian Jabatan Pertanian.

c. Minta FAMA masukan petani-petani kecil di kawasan Manik Urai di dalam Perjanjian Ladang Kontrak dimana FAMA bakal menjamin pasaran hasil pertaniannya.

d. FAMA bertangungjawab kepada buahan bermusim di Manik Urai.

e. Adakan satu hari bertemu pelanggan bagi semua yang di atas dapat diterangkan kepada penduduk.


2. Agama Islam dan Masjid.


a. BN perlu melihat semula kemudahan masjid di kawasan tersebut supaya berada di dalam keadaan baik.

b. Masukan peruntukan pembangunan agama Islam di kawasan Manik Urai di dalam projek RMK-9 supaya jaminan pembangunan agama Islam terjamin.


Manik Urai perlu dijadikan printis kebangkitan BN di Kelantan supaya cahaya perubahan dapat digilap disana.


Selepas hampir 21 tahun PAS menjumudkan orang Kelantan, orang Kelantan perlu sedar dan bangkit melakukan perubahan bagi mengelakan mereka terus ketinggalan dari segala aspek.


Wallahhualam. - ProMelayu