Belina Shop

Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Sivaks Panggil Sidang Haram Lagi Ker?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

Persidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

Adun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin. - Harakahdaily

Islam Akan Maju Tanpa PAS


PM kelmarin mengatakannya di sebuah kawasan perkampung FELDA diutara Tanah Air. Kata beliau, sebenarnya UMNOlah parti islam sebenar dalam negara ini. Tentunya bila PM berkata demikian, kata-katanya itu disandarkan banyak bukti nyata yang telah UMNO lakukan selama hari ini.

1. Didalam Perlembagaan UMNO, Islam adalah objektif perjuangan utama selain drp bangsa melayu dan negara Malaysia. Dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah ini, UMNO telah mengangkat Islam dan penganutnya kemercu kejayaan, yang tidak siapapun dapat menafikannya. PM memberikan contoh dengan kejayaan mengangkat umat islam melalui FELDA. Dan ingin ditambah disini, bukan hanya sekadar FELDA, malah banyak lagi kejayaan yang umat islam Malaysia kecapi dibawah perjuangan UMNO. Ini termasuk dalam berbagai bidang seperti ilmu pendidikan, ilmu kedoktoran, perniagaan, politik, keagamaan, dan berbagai-bagai lagi. UMNOlah sebuah parti yang telah membuktikan bahawa prasarana untuk pembangunan islam negara berada diposisi yang sepatutnya. Banyak wang negara yang secara sengaja dengan Niat suci diperuntukkan kepada pembangunan syiar dan syariat islam.

2. Dalam mengangkat islam di Malaysia, UMNO mengguna-pakai pendekatan lunak dan sangat berhemah. Ia sesekali tidak menguris perasaan hati kaum bukan islam, bahkan dengan rela hati mereka pula sebaliknya menyokong menerapan islam yang dibawa oleh UMNO itu. Islam dan penganutnya yang berada dalam UMNO tidak radikal dan tidak sesenangnya bertindak liar dalam perjuangannya. Insyallah...suatu hari nanti, apa yang menjadi "kerunsingan" kepada PAS akan dapat dipenuhi oleh UMNO.

3. Dalam negara ini apa yang anda rasa, menghalang anda dari melakukan ibadah serta menunaikan tuntutan agama anda secara selamat, aman, sentosa tanpa gangguan? Sejak merdeka, hanya terdapat sakali dua peristiwa yang mengancam keselamatan dan ketenteraman negara, yang melibatkan isu agama islam. Itupun berpunca angkara dari bukan penyokong dan ahli UMNO. Tetapi mereka yang bersikap radikal. Contoh paling jelas ialah peristiwa memali, Darul Arqam dan kini peristiwa perangai Tok Guru Nik Aziz. UMNO selamanya mempercayai bahawa islam akan berkembang maju dengan pesat jika negara berada dalam suasana aman damai tanpa gangguan ekstrimist itu tadi.

4. Sepatutnya kita penganut islam dalam negara ini mengambil suasana di Iraq, Pakistan, Afghanistan, Iran dan lain-lain itu sebagai tauladan. Bahawasanya sikap bermusuh-musuhan dengan penganut lain akan mengundang mala petaka. Jika ini terjadi di Malaysia, bagaimanakah islam boleh dikembangkan dengan syumul???Sekarang ini kita melakukan segala ibdah dalam suasana tenteram. Dan ketenteraman itu akan hilang, jika kita bertabiat seperti "lembu-lembu dijalanan".

Permatang Pasir: Adegan Tampar Menampar Gobalaks =Gobloks


Bukan saya yang kata dia paria,tapi Azmin Ali yang kata.(Rujukan)

Disini ada siaran berita malam tadi yang menunjukan paria ini menampar anggota polis. Berapa kuat dia tambar kita tafsirkan sendiri. Tapi mask muka yang dipakai anggota berkenaan tercabut. Menaikan tangan ke atas muka seorang penjawat awam lagi-lagi anggota polis adalah satu tindakan yang amat-amat kurang ajar.

Untuk adengan tampar menampar klik sini.

Pakatan Rakyat Peralatkan Budak Sekolah Untuk Tujuan Perhimpunan ISA 1 Ogos Lepas

BUTTERWORTH 4 Ogos - Seorang pemandu lori hari ini berkata, anaknya berusia 15 tahun telah diperguna untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara pada Sabtu lepas.

Abdul Aziz Ibrahim, 45, berkata, anaknya Muhamad Azreen dibawa oleh penganjur dari sebuah parti pembangkang tanpa kebenarannya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, anaknya dan 25 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung tidak jauh dari Kuala Lumpur pada 6 pagi Sabtu lepas.

"Anak saya cedera di bahagian mata kanan dan mulut. Pihak penganjur bersikap lepas tangan selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Beliau berkata, anaknya dan beberapa peserta lagi yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Muhamad Azreen dihantar pulang ke rumah di Permatang Rawa pada pagi Ahad lepas.

"Semalam wakil penganjur bawa anak saya ke hospital di sini tetapi hari ini kami terpaksa membawa Azreen sendiri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah memberi kebenaran untuk anaknya menyertai sebuah unit dalam parti pembangkang itu mahupun untuk menyertai demonstrasi itu.

"Anak saya tidak pernah ke Kuala Lumpur, sebab itu dia beriya-iya sangat untuk pergi apabila diberi peluang," katanya.

Muhamad Azreen pula berkata, 20 daripada peserta rombongan yang terdiri pelbagai lapisan umur itu adalah penduduk kampung dan enam lagi merupakan orang luar.

"Saya bayar RM35 untuk mengikuti rombongan itu dan saya diberitahu oleh penganjur bahawa kami pergi untuk menjaga keselamatan dan kami diberi sehelai baju berwarna merah untuk dipakai," kata pelajar Sekolah Menengah Permatang Rawa itu.

Muhamad Azreen yang menyertai unit itu sejak tiga tahun lepas berkata, dua peserta rombongan itu mengalami kecederaan teruk dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah yang melawat Muhamad Azreen di rumahnya, menasihati ibu bapa membuat laporan polis jika mendapati anak mereka dipergunakan untuk tujuan demonstrasi itu.

Sabtu lepas, sekitar 10,000 orang menyertai perarakan dan perhimpunan haram di ibu negara membantah ISA. - Bernama

Nik Aziz Menghalalkan Saja Tindakan Parti DAP

Dalam entri malam tadi aku sokong sangat Penarik Beca dalam isu Komen Tuan Guru Nik Aziz yang tidak membantah DAP menghina ISLAM dan aku juga setuju dengan komen di blog PakKaramu :

Kalau sekiranya DAP tidak di tegah maka ini suatu peluang bagi mereka menghina agama Allah dan kita sebagai umat islam tidak patut berdiam diri tanpa pembelaan, kepada umat islam sanggupkah mereka menutup telinga jika orang kafir menghina islam ? PAS sebagai parti yang masih bersifat dakwah wajar menegur orang-orang DAP supaya mereka tidak mengulang sikap biadap mereka terhadap islam dan menegur mereka adalah satu dari sikap dakwah tersebut, Nik Aziz perlu berhati-hati dalam membuat kenyataannya terutama masalah sensitive umat di negara ini.

Dan yang paling menarik adalah komen di blog PakKaramu oleh Melayuangkat :


Assalamualaikum Tuan,

Maaf saya yang tak pandai ini ingin mencelah. Kita pun tak tahu sangat mengenai agama Hindu, Kristian atau Buddha (sebenarnya Buddhism ini bukan Agama tapi lama-lama dianggap Agama), TAPI ini tidaklah bermakna kita boleh maki hamun agama mereka atau membuat sesuatu kenyataan yang menyinggung sentiviti Agama mereka.

Bukankah ini dilarang oleh Agama kita. Jadi begitu juga pada DAP. Saya tak percaya mereka tak tahu langsung pasal Islam. Mustahil perkara dasar pun mereka tak tahu. Kita ni Tuan, tak perlu ke Universiti mana pun nak tahu beza benda benda asas seperti apa yang patut kita buat dan kata.

DAP bukan bodoh. Kalau dunggu pun mereka tahu atau sepatutnya tahu benda benda apa yang boleh dicakap atau tidak. Inikan pula bila menyentuh hal Agama orang lain. Tapi oleh kerana ramai orang Melayu Islam sekarang yang MEMBELA dan MENYEBELAHI mereka WALAU APA pun yang mereka buat. Jadi apa yang kita nak herankan, Naik TOCHANGlah Cina Cina DAP ini semua.

Berpuluh tahun benci ini terpendam di lubuk Kalbu masing masing. Akhirnya inilah masa untuk meluahkannya dan pada masa yang sama ada sokongan dari Orang Melayu Islam sendiri atau tindak tanduk mereka. Berbeza betul perjuangan jihad kita di Malaysia berbanding dengan mereka di Palestin, di Cina, Di India dllnya. Tuan sendiri lebih maklum.

Umat Islam di negera negera di atas ditindas dan dianiya walaupun mereka tidak menghina Agama rasmi tempat mereka bernaung. Inilah satu lagi catatan sejarah dalam tamadun manusia di Malaysia mengenai perjuangan ke Arah Islam. Apa-apa pun Allah swt Maha Mengetahui, jika kita ikhlas atau tidak dalam perjuangan kita menegakkan Islam walau di mana. Sebesar dzarah pun kebaikan kita akan dibalas begitu juga sebaliknya.

Tuan lebih maklum dari saya. Diucapkan Selamat Menyambut Ramadah, semoga Allah swt ampuni dosa dosa kita dan kita semua mendapat barakat darinya.

I.S.A: Tentera-tentera dari Neraka


Panglima agung mereka ini mungkin juga jelmaan setan dari neraka atau mungkin juga jelmaan dari Dajjal pembawa kesesatan umat diakhir zaman. Cita-cita Panglima agung ini hanya satu - untuk menjadi raja ..beraja dimata dan bersultan dihati. Nafsu besarnya menghalalkan segala yang diingini. Baginya kota itu mesti ditakluki sama ada dari depan atau membolosinya dari belakang. Kepada semua rakyat Malaysia, janganlah kita terpengaruh dengan kata-kata dan pendustaan mereka itu. Janganlah kita tertipu dan terpedaya oleh mereka. Turuti akal dan bukan nafsu.