NYAWA PAS BERGANTUNG KEPADA DUIT



“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.

“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.

“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.

Itulah antara isi kandungan dalam artikel bertajuk "Nyawa Umno bergantung kepada wang" bertarikh 6 Disember 2009 di dalam Harakahdaily.

Adakah nyawa PAS tak bergantung pada duit??? Kalau ya, kenapa hulur kopiah kutip derma di setiap ceramah ajaran sesat PAS....???

Amat melucukan dan tidak masuk akal kenyataan-kenyataan yang telah diucapkan tersebut kerana mereka sendiri pun menggunakan wang untuk memberikan sumbangan sempena Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, Marang itu.

Amat mudah untuk mengatakan kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman bilamana mereka menggunakan Islam untuk kepentingan parti dan diri sendiri.

Semua manusia di muka bumi ini memerlukan wang bukan sahaja Umno jadi kenapa perlu menyeret Umno di dalam hal ini semata-mata mencari sebab untuk memburukkan Umno.

Berkenaan hal RM65,000 hasil tajaan untuk haji kepada Nik Aziz tu tak pula disebutkan sebagai rasuah dan politik wang oleh puak-puak Pas yang nyata berkepentingan peribadi itu?

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Adakah Pas pun bebas dari skandal berkaitan dengan wang sehinggakan mereka mempunyai lampu hijau untuk mengkritik orang lain???

Bagaimana dengan lesapnya Tabung Memali yang ditubuhkan untuk membantu balu-balu dan mangsa tragedi Memali itu? Skandal Kohilal dan bagaimana pula dengan kontroversi yang melanda Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) iaitu menantu kesayangan Nik Aziz sendiri yang kini disiasat MACC???

Kalau selagi manusia itu bernama manusia, dan mempunyai hawa nafsu, jangan bercakap pasal iman dan Islam kerana bila sahaja nampak duit dan wang yang banyak, semuanya hilang akibat ketamakan dan hawa nafsu sebagaimana yang melanda PAS yang kononnya sebuah parti Islam yang begitu baik sekali, pijak semut pun tak mati.

Zaman sekarang ini semuanya duit, nak masuk tandas pun sekurang-kurangnya kena bayar 30 sen.

Ada satu hadis berbunyi :

"Kemiskinan itu hampir kepada kekufuran”.

Lebih baik jadi kaya daripada jadi miskin kerana jika miskin kita akan meminta-minta dari orang lain, lebih-lebih lagi yang pemalas akan terjerumus dalam segala aktiviti negatif seperti merempit, meragut, menagih dadah dan sebagainya kerana ingin dapatkan duit secara mudah dengan cara merompak orang lain.

Kalau kaya, sekurang-kurangnya boleh menunaikan zakat, boleh menunaikan ibadat umrah dan haji, boleh menderma kepada rumah orang tua dan anak yatim serta boleh menaja orang miskin untuk menunaikan umrah dan haji serta boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk membantu anak orang miskin.

Jadi mana lebih baik jadi kaya atau miskin??? Tepuk dada tanya iman, lainlah kalau diri tu busuk hati dan akan jadi kedekut walaupun sudah jadi kaya.

MARI MENGENALI SIAPA ITU CHIN PENG



ISU berkaitan Chin Peng bukanlah perkara yang baru dibangkitkan kerana ia telah acapkali digunakan sebagai antara agenda para pembangkang dalam cubaan membakar perpaduan yang selama ini tersimpul rapi di kalangan rakyat.
Minggu lalu, nama Chin Peng di sebut lagi oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan hujah kewajaran Kerajaan Pusat untuk memberikan permohonan maaf kepada individu terbabit lantas membawanya kembali ke tanah air.

Namun demikian, ketegasan kerajaan dalam membuat keputusan tidak pernah goyah untuk tidak membenarkan Chin Peng kembali apatah lagi ia mengambil kira bukan hanya kepentingan awam malah kesejahteraan negara yang selama ini terpelihara juga akan turut terpalit sama.

Tidak kiralah sama ada perubahan masa dan zaman yang berlalu, nama Chin Peng pastinya tidak luput dari sejarah apatah lagi ingatan masyarakat yang masih ada semasa komunis bermaharaja.

Chin Peng adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut sama terlibat secara langsung mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dengan beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya.

Perlu difahami bahawa penularan fahaman komunisme ini adalah berlangsung daripada perjuangan untuk membebaskan tanah air dari kuasa penjajah iaitu PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis.

Namun demikian, tindakan yang diambil adalah lebih cenderung kepada pertumpahan darah dan kekerasan yang sememangnya amat bertentangan dengan budaya dan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu.

Pergerakan penubuhan PKM untuk membebaskan Tanah Melayu dan mencapai kemerdekaan, lantas semasa pemerintahan Jepun PKM melalui MPAJA telah menentang Jepun.

Bagaimanapun, selepas Jepun menyerah kalah, PKM bertindak dengan beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, tindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga berlaku yang mengorbankan banyak nyawa.

Dalam pada itu, terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menjadi penamat kepada PKM kerana penglibatan mereka telah diketepikan oleh British.

Lantaran itu, PKM telah menukar strategi dan mula mencetuskan keganasan melalui mogok dan rusuhan. Ekoran tindak balas tersebut, British mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, iaitu sebagai jalan bagi melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Tindakan bersenjata pihak komunis Bintang Tiga telah melibatkan beberapa siri serangan berdarah termasuklah insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.

Tujuan utama PKM melancarkan gerakan bersenjata adalah untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan mendirikan sebuah Kerajaan Republik Komunis melalui pemberontakan bersenjata.

Chin Peng juga mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya – TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Akibat daripada ketidakselamtan yang berpunca dari keganasan komunis ini telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent pada 12 Julai 1948 ke seluruh negara.

PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948, lantas seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Namun demikian, atas kepentingan bersama dan kesejahteraan masa hadapan, pada 9 September 1955 Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada Komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin PKM, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Sokongan besar rakyat kepada Perikatan dan pilihan raya 1955 memberi kesan positif atas kesinambungan perjuangan bangsa dan menutup peluang PKM berkuasa.

PKM telah menulis surat kepada Tunku untuk berunding. Pihak Kerajaan diwakili oleh Tunku, Tan Cheng Lok dan David Marshall (Ketua Menteri Singapura) manakala PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Namun demikian, rundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1955 ini menemui kegagalan kerana Kerajaan menolak desakan PKM supaya diiktiraf sebagai parti yang sah dan Chin Peng enggan menerima syarat-syarat Kerajaan supaya membubarkan PKM dan menerima tawaran pengampunan.

Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa PKM bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Dengan gerakan bersenjata komunis sebelumnya, dikatakan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989.

Dalam hal ini, Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Sesungguhnya, tujuan utama pemimpin PKM adalah untuk mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Lantas, sebagai memahami aspirasi negara, dan pejuang yang telah gugur ekoran tindakan komunis, wajarkah memaafkan individu yang terlalu banyak angkara khianat telah dipalitkannya terhadap negara ini?

SIAPAKAH YANG WAJAR DIPIJAK SEBENARNYA

Akhbar Utusan hari ini menyiarkan di muka hadapan, tindakan beberapa orang pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang memijak gambar tiga ADUN Perak yang keluar parti dan menjadi bebas. Mereka marah kerana angkara tiga ADUN tersebut, kerajaan PR di Perak berjaya ditumbangkan. Setelah menggunakan berbagai cara, termasuk bersidang di bawah pokok, menderhaka pada Sultan Perak (Nizar kata 'Patek Mohon Derhaka') dan mencabarnya di mahkamah, akhirnya pemimpin DAP terpaksa pijak gambar ADUN tersebut untuk melepaskan geram.

Wajarkah perbuatan tersebut? Pada mereka sudah tentu wajar. Pada saya memang wajar kerana selama ini pun pemimpin DAP sering bertindak seperti tidak berakal dan tidak bermaruah. Di parlimen mereka sering berhujah bahawa rakyat mahukan perubahan politik. Mereka dengan bangga mengatakan, merekalah pejuang 'politik bermaruah'. Sebab itu kononnya mereka menang banyak kerusi dalam PRU ke 12.

Sepatutnya ahli ahli DAP memijak gambar pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang. Merekalah yang bertanggungjawab dan memberi kepercayaan kepada YB Hee Yit Fong supaya bertanding di DUN Jelapang. Ini bermakna mereka cuai dan mungkin pilih kasih sehingga YB Hee terpilih sebagai calon. Di atas kecuaian dan salah pilih calon itu, maka Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng patut disalahkan. Oleh itu gambar mereka wajar dipijak. Bahkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng wajar memijak gambar mereka sendiri sebagai tanda kekesalan di atas kesilapan tersebut.

Di samping itu kenapa mereka tidak berani memijak gambar Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahimlah yang memilih kedua dua wakil rakyat iaitu Kapten (B) Mohd Osman (Cangkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) sebagai calon PKR di kawasan tersebut. Sepatutnya mereka lebih marah kepada Anwar dengan kerenah wakil wakil rakyat daripada PKR yang letak jawatan dan menjadi bebas termasuk di tempat tempat lain yang mencemarkan imej Pakatan Rakyat. Oleh itu siapa yang tidak bermaruah? Tiga ADUN bebas itu atau pemimpin utama DAP dan PKR?

Bahkan belum tentu ketiga tiga ADUN itu tidak bermaruah. Mungkin kerana maruah politik, maka mereka bertindak keluar daripada parti dan menjadi ADUN bebas. Kebenarannya ada. Pembangkang kini dilanda berbagai isu. Contohnya di Pulau Pinang, mana maruah Lim Guan Eng apabila menyampaikan bantuan kepada rakyat miskin termasuk orang Islam yang di buat di dalam kawasan Tokong. Apakah tidak ada tempat lain. Kenapa beliau tidak sensitif.

Paling nyata di Selangor, Ronnie Liu (exco kerajaan Selangor) bertindak mengarahkan majlis perbandaran memulangkan balik arak arak yang dirampas. Orang PAS diam seribu bahasa. Akhirnya Dr. Hassan Ali (exco agama) pula disalahkan dan disoal siasat oleh jawatankuasa disiplin PAS kerana mempertikaikan peranan SELCAT. Mungkin orang PAS tidak tergamak memijak gambar pemimpin DAP? Tetapi kenapa tidak tergamak. Apakah kerana larangan agama, atau takut kehilangan DAP sebagai kawan politik atau memang tidak seberani dulu kerana ikut telunjuk Anwar Ibrahim.

Saya harap orang UMNO tidak melakukan perbuatan keji tersebut. Kita kena ikut teladan Datu Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang sememangnya komited dengan politik baru yang lebih bermaruah. Sebab itu Perdana Menteri kata, Nik Aziz tidak perlu minta maaf kepada beliau. Beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai. Rakyat yang akan menentukan siapa yang patut dihukum. Tidak perlu pijak pijak gambar.

Betapa bermaruahnya Perdana Menteri ialah apabila bersetuju memberikan wang ihsan kepada kerajaan Kelantan walaupun Kelantan tidak ada hak. Tidak ada hak kerana minyak tidak ditemui dalam perairan Kelantan. Ia ditemui di luar kawasan tiga batu nautika. Tetapi budi baik dan ihsan Perdana Menteri itu dibalas dengan doa yang tidak bermaruah.

Jadi siapakah yang mengamalkan politik tidak bermaruah. Marilah kita menyokong Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang serius, bersopan santun, bertimbang rasa, cepat responsif kepada setiap masalah dan tidak emosi menyuruh orang MEMIJAK MIJAK GAMBAR dan mendoakan orang Islam yang baik hati supaya dilaknat. Tetapi mungkin kita boleh membenarkan gambar Perdana Menteri Israel dipijak kerana beliau kejam dan sememangnya pengganas.