Belina Shop

Undilah Barisan Nasional Di Manek Urai


Bulan hadapan menyaksikan satu lagi perperangan besar antara Parti Kerajaan dan Pembangkang.

Walaupun kemenangan BN nanti tidak akan memberi kesan kepada Kerajaan PAS Kelantan, namun Manik Urai perlu dibersihkan dari kejumudan ideologi bulan hijau ini.


Manik Urai, Kelantan akan menjadi medan tempur bagi setiap wakil parti, berkerja bagi memenangi hati rakyat.


Manik Urai memiliki komposisi etnik hampir 100% adalah Melayu Islam dan penduduknya kebanyakan petani dan bekerja kampung. Ia merupakan kawasan pengeluaran utama buahan bermusim.


Terletak dibawah parlimen Kuala Krai, Manik Urai agak sedikit ketinggalan dari arus pembangunan kerana ia terletak agak jauh dari pekan Kuala Krai.


Dikuasai oleh PAS iaitu arwah Ismail Yaacob sejak pilihanraya 2008, Manik Urai tidak menerima sebarang projek pembangunan malahan PAS hanya jadikan ia sebagai medan ceramah kosong yang tidak produktif kepada rakyatnya.


Idea menjanjikan syurga dan kononnya undi PAS menjamin kesejahteraan di akhirat adalah manifesto lapuk yang digunakan PAS memenangi hati rakyat. Rakyat beragama Islam yang cetek pemikirannya akan totok memilih PAS.


Jadi ada dua elemen yang boleh digunakan oleh BN bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka kerana kelebihan kini ada pada BN jika ia digunakan sepenuhnya.


Antara elemen itu adalah:


1. Pertanian dan hasil buahan bermusim.


Oleh kerana ia merupakan sumber ekonomi utama penduduk Manik Urai, maka agensi di bawah kementerian pertanian perlu turun padang membantu penduduk di sana. Antara yang boleh dilakukan adalah:


a. Naik taraf infrastruktur kawasan pertanian Manik Urai.

b. Masukan Manik Urai sebagai salah sebuah kawasan projek Pertanian Berkesan Tinggi (High Impact Project) dibawah selian Jabatan Pertanian.

c. Minta FAMA masukan petani-petani kecil di kawasan Manik Urai di dalam Perjanjian Ladang Kontrak dimana FAMA bakal menjamin pasaran hasil pertaniannya.

d. FAMA bertangungjawab kepada buahan bermusim di Manik Urai.

e. Adakan satu hari bertemu pelanggan bagi semua yang di atas dapat diterangkan kepada penduduk.


2. Agama Islam dan Masjid.


a. BN perlu melihat semula kemudahan masjid di kawasan tersebut supaya berada di dalam keadaan baik.

b. Masukan peruntukan pembangunan agama Islam di kawasan Manik Urai di dalam projek RMK-9 supaya jaminan pembangunan agama Islam terjamin.


Manik Urai perlu dijadikan printis kebangkitan BN di Kelantan supaya cahaya perubahan dapat digilap disana.


Selepas hampir 21 tahun PAS menjumudkan orang Kelantan, orang Kelantan perlu sedar dan bangkit melakukan perubahan bagi mengelakan mereka terus ketinggalan dari segala aspek.


Wallahhualam. - ProMelayu

0 comments:

Post a Comment