Belina Shop

NYAWA PAS BERGANTUNG KEPADA DUIT



“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.

“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.

“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.

Itulah antara isi kandungan dalam artikel bertajuk "Nyawa Umno bergantung kepada wang" bertarikh 6 Disember 2009 di dalam Harakahdaily.

Adakah nyawa PAS tak bergantung pada duit??? Kalau ya, kenapa hulur kopiah kutip derma di setiap ceramah ajaran sesat PAS....???

Amat melucukan dan tidak masuk akal kenyataan-kenyataan yang telah diucapkan tersebut kerana mereka sendiri pun menggunakan wang untuk memberikan sumbangan sempena Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, Marang itu.

Amat mudah untuk mengatakan kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman bilamana mereka menggunakan Islam untuk kepentingan parti dan diri sendiri.

Semua manusia di muka bumi ini memerlukan wang bukan sahaja Umno jadi kenapa perlu menyeret Umno di dalam hal ini semata-mata mencari sebab untuk memburukkan Umno.

Berkenaan hal RM65,000 hasil tajaan untuk haji kepada Nik Aziz tu tak pula disebutkan sebagai rasuah dan politik wang oleh puak-puak Pas yang nyata berkepentingan peribadi itu?

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Adakah Pas pun bebas dari skandal berkaitan dengan wang sehinggakan mereka mempunyai lampu hijau untuk mengkritik orang lain???

Bagaimana dengan lesapnya Tabung Memali yang ditubuhkan untuk membantu balu-balu dan mangsa tragedi Memali itu? Skandal Kohilal dan bagaimana pula dengan kontroversi yang melanda Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) iaitu menantu kesayangan Nik Aziz sendiri yang kini disiasat MACC???

Kalau selagi manusia itu bernama manusia, dan mempunyai hawa nafsu, jangan bercakap pasal iman dan Islam kerana bila sahaja nampak duit dan wang yang banyak, semuanya hilang akibat ketamakan dan hawa nafsu sebagaimana yang melanda PAS yang kononnya sebuah parti Islam yang begitu baik sekali, pijak semut pun tak mati.

Zaman sekarang ini semuanya duit, nak masuk tandas pun sekurang-kurangnya kena bayar 30 sen.

Ada satu hadis berbunyi :

"Kemiskinan itu hampir kepada kekufuran”.

Lebih baik jadi kaya daripada jadi miskin kerana jika miskin kita akan meminta-minta dari orang lain, lebih-lebih lagi yang pemalas akan terjerumus dalam segala aktiviti negatif seperti merempit, meragut, menagih dadah dan sebagainya kerana ingin dapatkan duit secara mudah dengan cara merompak orang lain.

Kalau kaya, sekurang-kurangnya boleh menunaikan zakat, boleh menunaikan ibadat umrah dan haji, boleh menderma kepada rumah orang tua dan anak yatim serta boleh menaja orang miskin untuk menunaikan umrah dan haji serta boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk membantu anak orang miskin.

Jadi mana lebih baik jadi kaya atau miskin??? Tepuk dada tanya iman, lainlah kalau diri tu busuk hati dan akan jadi kedekut walaupun sudah jadi kaya.

MARI MENGENALI SIAPA ITU CHIN PENG



ISU berkaitan Chin Peng bukanlah perkara yang baru dibangkitkan kerana ia telah acapkali digunakan sebagai antara agenda para pembangkang dalam cubaan membakar perpaduan yang selama ini tersimpul rapi di kalangan rakyat.
Minggu lalu, nama Chin Peng di sebut lagi oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan hujah kewajaran Kerajaan Pusat untuk memberikan permohonan maaf kepada individu terbabit lantas membawanya kembali ke tanah air.

Namun demikian, ketegasan kerajaan dalam membuat keputusan tidak pernah goyah untuk tidak membenarkan Chin Peng kembali apatah lagi ia mengambil kira bukan hanya kepentingan awam malah kesejahteraan negara yang selama ini terpelihara juga akan turut terpalit sama.

Tidak kiralah sama ada perubahan masa dan zaman yang berlalu, nama Chin Peng pastinya tidak luput dari sejarah apatah lagi ingatan masyarakat yang masih ada semasa komunis bermaharaja.

Chin Peng adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut sama terlibat secara langsung mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dengan beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya.

Perlu difahami bahawa penularan fahaman komunisme ini adalah berlangsung daripada perjuangan untuk membebaskan tanah air dari kuasa penjajah iaitu PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis.

Namun demikian, tindakan yang diambil adalah lebih cenderung kepada pertumpahan darah dan kekerasan yang sememangnya amat bertentangan dengan budaya dan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu.

Pergerakan penubuhan PKM untuk membebaskan Tanah Melayu dan mencapai kemerdekaan, lantas semasa pemerintahan Jepun PKM melalui MPAJA telah menentang Jepun.

Bagaimanapun, selepas Jepun menyerah kalah, PKM bertindak dengan beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, tindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga berlaku yang mengorbankan banyak nyawa.

Dalam pada itu, terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menjadi penamat kepada PKM kerana penglibatan mereka telah diketepikan oleh British.

Lantaran itu, PKM telah menukar strategi dan mula mencetuskan keganasan melalui mogok dan rusuhan. Ekoran tindak balas tersebut, British mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, iaitu sebagai jalan bagi melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Tindakan bersenjata pihak komunis Bintang Tiga telah melibatkan beberapa siri serangan berdarah termasuklah insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.

Tujuan utama PKM melancarkan gerakan bersenjata adalah untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan mendirikan sebuah Kerajaan Republik Komunis melalui pemberontakan bersenjata.

Chin Peng juga mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya – TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Akibat daripada ketidakselamtan yang berpunca dari keganasan komunis ini telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent pada 12 Julai 1948 ke seluruh negara.

PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948, lantas seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Namun demikian, atas kepentingan bersama dan kesejahteraan masa hadapan, pada 9 September 1955 Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada Komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin PKM, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Sokongan besar rakyat kepada Perikatan dan pilihan raya 1955 memberi kesan positif atas kesinambungan perjuangan bangsa dan menutup peluang PKM berkuasa.

PKM telah menulis surat kepada Tunku untuk berunding. Pihak Kerajaan diwakili oleh Tunku, Tan Cheng Lok dan David Marshall (Ketua Menteri Singapura) manakala PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Namun demikian, rundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1955 ini menemui kegagalan kerana Kerajaan menolak desakan PKM supaya diiktiraf sebagai parti yang sah dan Chin Peng enggan menerima syarat-syarat Kerajaan supaya membubarkan PKM dan menerima tawaran pengampunan.

Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa PKM bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Dengan gerakan bersenjata komunis sebelumnya, dikatakan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989.

Dalam hal ini, Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Sesungguhnya, tujuan utama pemimpin PKM adalah untuk mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Lantas, sebagai memahami aspirasi negara, dan pejuang yang telah gugur ekoran tindakan komunis, wajarkah memaafkan individu yang terlalu banyak angkara khianat telah dipalitkannya terhadap negara ini?

SIAPAKAH YANG WAJAR DIPIJAK SEBENARNYA

Akhbar Utusan hari ini menyiarkan di muka hadapan, tindakan beberapa orang pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang memijak gambar tiga ADUN Perak yang keluar parti dan menjadi bebas. Mereka marah kerana angkara tiga ADUN tersebut, kerajaan PR di Perak berjaya ditumbangkan. Setelah menggunakan berbagai cara, termasuk bersidang di bawah pokok, menderhaka pada Sultan Perak (Nizar kata 'Patek Mohon Derhaka') dan mencabarnya di mahkamah, akhirnya pemimpin DAP terpaksa pijak gambar ADUN tersebut untuk melepaskan geram.

Wajarkah perbuatan tersebut? Pada mereka sudah tentu wajar. Pada saya memang wajar kerana selama ini pun pemimpin DAP sering bertindak seperti tidak berakal dan tidak bermaruah. Di parlimen mereka sering berhujah bahawa rakyat mahukan perubahan politik. Mereka dengan bangga mengatakan, merekalah pejuang 'politik bermaruah'. Sebab itu kononnya mereka menang banyak kerusi dalam PRU ke 12.

Sepatutnya ahli ahli DAP memijak gambar pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang. Merekalah yang bertanggungjawab dan memberi kepercayaan kepada YB Hee Yit Fong supaya bertanding di DUN Jelapang. Ini bermakna mereka cuai dan mungkin pilih kasih sehingga YB Hee terpilih sebagai calon. Di atas kecuaian dan salah pilih calon itu, maka Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng patut disalahkan. Oleh itu gambar mereka wajar dipijak. Bahkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng wajar memijak gambar mereka sendiri sebagai tanda kekesalan di atas kesilapan tersebut.

Di samping itu kenapa mereka tidak berani memijak gambar Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahimlah yang memilih kedua dua wakil rakyat iaitu Kapten (B) Mohd Osman (Cangkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) sebagai calon PKR di kawasan tersebut. Sepatutnya mereka lebih marah kepada Anwar dengan kerenah wakil wakil rakyat daripada PKR yang letak jawatan dan menjadi bebas termasuk di tempat tempat lain yang mencemarkan imej Pakatan Rakyat. Oleh itu siapa yang tidak bermaruah? Tiga ADUN bebas itu atau pemimpin utama DAP dan PKR?

Bahkan belum tentu ketiga tiga ADUN itu tidak bermaruah. Mungkin kerana maruah politik, maka mereka bertindak keluar daripada parti dan menjadi ADUN bebas. Kebenarannya ada. Pembangkang kini dilanda berbagai isu. Contohnya di Pulau Pinang, mana maruah Lim Guan Eng apabila menyampaikan bantuan kepada rakyat miskin termasuk orang Islam yang di buat di dalam kawasan Tokong. Apakah tidak ada tempat lain. Kenapa beliau tidak sensitif.

Paling nyata di Selangor, Ronnie Liu (exco kerajaan Selangor) bertindak mengarahkan majlis perbandaran memulangkan balik arak arak yang dirampas. Orang PAS diam seribu bahasa. Akhirnya Dr. Hassan Ali (exco agama) pula disalahkan dan disoal siasat oleh jawatankuasa disiplin PAS kerana mempertikaikan peranan SELCAT. Mungkin orang PAS tidak tergamak memijak gambar pemimpin DAP? Tetapi kenapa tidak tergamak. Apakah kerana larangan agama, atau takut kehilangan DAP sebagai kawan politik atau memang tidak seberani dulu kerana ikut telunjuk Anwar Ibrahim.

Saya harap orang UMNO tidak melakukan perbuatan keji tersebut. Kita kena ikut teladan Datu Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang sememangnya komited dengan politik baru yang lebih bermaruah. Sebab itu Perdana Menteri kata, Nik Aziz tidak perlu minta maaf kepada beliau. Beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai. Rakyat yang akan menentukan siapa yang patut dihukum. Tidak perlu pijak pijak gambar.

Betapa bermaruahnya Perdana Menteri ialah apabila bersetuju memberikan wang ihsan kepada kerajaan Kelantan walaupun Kelantan tidak ada hak. Tidak ada hak kerana minyak tidak ditemui dalam perairan Kelantan. Ia ditemui di luar kawasan tiga batu nautika. Tetapi budi baik dan ihsan Perdana Menteri itu dibalas dengan doa yang tidak bermaruah.

Jadi siapakah yang mengamalkan politik tidak bermaruah. Marilah kita menyokong Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang serius, bersopan santun, bertimbang rasa, cepat responsif kepada setiap masalah dan tidak emosi menyuruh orang MEMIJAK MIJAK GAMBAR dan mendoakan orang Islam yang baik hati supaya dilaknat. Tetapi mungkin kita boleh membenarkan gambar Perdana Menteri Israel dipijak kerana beliau kejam dan sememangnya pengganas.

Bisikan syaitan di telinga Nik Aziz



Nik Ajis menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Saya dah tua tak perlu jadi dalang orang dah. Tegas Nik Ajis terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan beliau yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Ajis hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Ajis sendiri.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Ajis dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, Masjid Nuraini Pasir Hor, masjid yang dibiayai penuh oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Ajis yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan.

Sivaks Panggil Sidang Haram Lagi Ker?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

Persidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

Adun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin. - Harakahdaily

Penceramah Tabur Fitnah Punca PAS Kalah



Kemenangan besar BN di Bagan Pinang benar-benar meragut kelekaan PAS bersama teman-teman Pakatan Rakyat yang lain.

Kini bedah siasat atas kegagalan mereka sedang dimulakan. PAS mula menuding jari kepada sistem demokrasi yang selama ini memberi mereka kelebihan ketika PRK sebelum-sebelum ini.

Sistem undi pos yang dijangka menjadi alasan utama PAS telah pun mula kedengaran berbunyi. Di sebalik alasan-alasan lain yang mungkin timbul adalah kehilangan peratusan undi yang tinggi dari kaum-kaum bukan Melayu di Bagan Pinang.

DES : Malangnya....muhasabah diri tidak pula kedengaran... Semuanya salah orang lain...

Nik Aziz Penentu Sembahyang Umat Islam


“Saya minta dia keluar...yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima” - Nik Aziz

Terjemahan asal di petik dari S.I.N.I...

Alamak...dari Islam Plastik hinggalah ke kurniaan rezeki turut difatwakan oleh Tuan Guru...kacau...kacau...

Islam Akan Maju Tanpa PAS


PM kelmarin mengatakannya di sebuah kawasan perkampung FELDA diutara Tanah Air. Kata beliau, sebenarnya UMNOlah parti islam sebenar dalam negara ini. Tentunya bila PM berkata demikian, kata-katanya itu disandarkan banyak bukti nyata yang telah UMNO lakukan selama hari ini.

1. Didalam Perlembagaan UMNO, Islam adalah objektif perjuangan utama selain drp bangsa melayu dan negara Malaysia. Dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah ini, UMNO telah mengangkat Islam dan penganutnya kemercu kejayaan, yang tidak siapapun dapat menafikannya. PM memberikan contoh dengan kejayaan mengangkat umat islam melalui FELDA. Dan ingin ditambah disini, bukan hanya sekadar FELDA, malah banyak lagi kejayaan yang umat islam Malaysia kecapi dibawah perjuangan UMNO. Ini termasuk dalam berbagai bidang seperti ilmu pendidikan, ilmu kedoktoran, perniagaan, politik, keagamaan, dan berbagai-bagai lagi. UMNOlah sebuah parti yang telah membuktikan bahawa prasarana untuk pembangunan islam negara berada diposisi yang sepatutnya. Banyak wang negara yang secara sengaja dengan Niat suci diperuntukkan kepada pembangunan syiar dan syariat islam.

2. Dalam mengangkat islam di Malaysia, UMNO mengguna-pakai pendekatan lunak dan sangat berhemah. Ia sesekali tidak menguris perasaan hati kaum bukan islam, bahkan dengan rela hati mereka pula sebaliknya menyokong menerapan islam yang dibawa oleh UMNO itu. Islam dan penganutnya yang berada dalam UMNO tidak radikal dan tidak sesenangnya bertindak liar dalam perjuangannya. Insyallah...suatu hari nanti, apa yang menjadi "kerunsingan" kepada PAS akan dapat dipenuhi oleh UMNO.

3. Dalam negara ini apa yang anda rasa, menghalang anda dari melakukan ibadah serta menunaikan tuntutan agama anda secara selamat, aman, sentosa tanpa gangguan? Sejak merdeka, hanya terdapat sakali dua peristiwa yang mengancam keselamatan dan ketenteraman negara, yang melibatkan isu agama islam. Itupun berpunca angkara dari bukan penyokong dan ahli UMNO. Tetapi mereka yang bersikap radikal. Contoh paling jelas ialah peristiwa memali, Darul Arqam dan kini peristiwa perangai Tok Guru Nik Aziz. UMNO selamanya mempercayai bahawa islam akan berkembang maju dengan pesat jika negara berada dalam suasana aman damai tanpa gangguan ekstrimist itu tadi.

4. Sepatutnya kita penganut islam dalam negara ini mengambil suasana di Iraq, Pakistan, Afghanistan, Iran dan lain-lain itu sebagai tauladan. Bahawasanya sikap bermusuh-musuhan dengan penganut lain akan mengundang mala petaka. Jika ini terjadi di Malaysia, bagaimanakah islam boleh dikembangkan dengan syumul???Sekarang ini kita melakukan segala ibdah dalam suasana tenteram. Dan ketenteraman itu akan hilang, jika kita bertabiat seperti "lembu-lembu dijalanan".

PAS , Mulut Nak Kena Koyak ker?

Hari ini pada pukul 8.24 pagi,

Sewaktu ditanya dalam satu sidang akhbar baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak andaian bahawa UMNO desperate hendak berbaik-baik dengan PAS. Katanya tujuannya semata-mata demi kepentingan agama.

Hal ini berbangkit kerana UMNO berulangkali menghulurkan salam kepada PAS tetapi parti itu bukan sahaja semacam memperlekehkannya malah Tok Guru Nik Aziz terus mempersoalkan akidah orang-orang UMNO. Malah Najib sendiri telah menegur Menteri Besar Kelantan itu secara berdepan agar tidak melukakan hati orang UMNO dengan kenyataan seumpama itu semasa beliau menyambut ketibaannya di lapangan terbang Kota Bharu baru-baru ini.

Petang Isnin Perdana Menteri mengulangi kenyataannya UMNO bersedia untuk berunding dengan PAS demi kepentingan dan membangunkan umat Islam di negara ini. Beliau menyatakan demikian depan kira-kira 4,000 orang Kuala Krai dan Manek Urai semasa berucap pada majlis ramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai,Kelantan. Juga sekali lagi Najib menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang menghina orang UMNO.

Berita lanjut di Agenda Daily

Permatang Pasir: Adegan Tampar Menampar Gobalaks =Gobloks


Bukan saya yang kata dia paria,tapi Azmin Ali yang kata.(Rujukan)

Disini ada siaran berita malam tadi yang menunjukan paria ini menampar anggota polis. Berapa kuat dia tambar kita tafsirkan sendiri. Tapi mask muka yang dipakai anggota berkenaan tercabut. Menaikan tangan ke atas muka seorang penjawat awam lagi-lagi anggota polis adalah satu tindakan yang amat-amat kurang ajar.

Untuk adengan tampar menampar klik sini.

Pakatan Rakyat Peralatkan Budak Sekolah Untuk Tujuan Perhimpunan ISA 1 Ogos Lepas

BUTTERWORTH 4 Ogos - Seorang pemandu lori hari ini berkata, anaknya berusia 15 tahun telah diperguna untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara pada Sabtu lepas.

Abdul Aziz Ibrahim, 45, berkata, anaknya Muhamad Azreen dibawa oleh penganjur dari sebuah parti pembangkang tanpa kebenarannya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, anaknya dan 25 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung tidak jauh dari Kuala Lumpur pada 6 pagi Sabtu lepas.

"Anak saya cedera di bahagian mata kanan dan mulut. Pihak penganjur bersikap lepas tangan selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Beliau berkata, anaknya dan beberapa peserta lagi yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Muhamad Azreen dihantar pulang ke rumah di Permatang Rawa pada pagi Ahad lepas.

"Semalam wakil penganjur bawa anak saya ke hospital di sini tetapi hari ini kami terpaksa membawa Azreen sendiri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah memberi kebenaran untuk anaknya menyertai sebuah unit dalam parti pembangkang itu mahupun untuk menyertai demonstrasi itu.

"Anak saya tidak pernah ke Kuala Lumpur, sebab itu dia beriya-iya sangat untuk pergi apabila diberi peluang," katanya.

Muhamad Azreen pula berkata, 20 daripada peserta rombongan yang terdiri pelbagai lapisan umur itu adalah penduduk kampung dan enam lagi merupakan orang luar.

"Saya bayar RM35 untuk mengikuti rombongan itu dan saya diberitahu oleh penganjur bahawa kami pergi untuk menjaga keselamatan dan kami diberi sehelai baju berwarna merah untuk dipakai," kata pelajar Sekolah Menengah Permatang Rawa itu.

Muhamad Azreen yang menyertai unit itu sejak tiga tahun lepas berkata, dua peserta rombongan itu mengalami kecederaan teruk dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah yang melawat Muhamad Azreen di rumahnya, menasihati ibu bapa membuat laporan polis jika mendapati anak mereka dipergunakan untuk tujuan demonstrasi itu.

Sabtu lepas, sekitar 10,000 orang menyertai perarakan dan perhimpunan haram di ibu negara membantah ISA. - Bernama

Nik Aziz Menghalalkan Saja Tindakan Parti DAP

Dalam entri malam tadi aku sokong sangat Penarik Beca dalam isu Komen Tuan Guru Nik Aziz yang tidak membantah DAP menghina ISLAM dan aku juga setuju dengan komen di blog PakKaramu :

Kalau sekiranya DAP tidak di tegah maka ini suatu peluang bagi mereka menghina agama Allah dan kita sebagai umat islam tidak patut berdiam diri tanpa pembelaan, kepada umat islam sanggupkah mereka menutup telinga jika orang kafir menghina islam ? PAS sebagai parti yang masih bersifat dakwah wajar menegur orang-orang DAP supaya mereka tidak mengulang sikap biadap mereka terhadap islam dan menegur mereka adalah satu dari sikap dakwah tersebut, Nik Aziz perlu berhati-hati dalam membuat kenyataannya terutama masalah sensitive umat di negara ini.

Dan yang paling menarik adalah komen di blog PakKaramu oleh Melayuangkat :


Assalamualaikum Tuan,

Maaf saya yang tak pandai ini ingin mencelah. Kita pun tak tahu sangat mengenai agama Hindu, Kristian atau Buddha (sebenarnya Buddhism ini bukan Agama tapi lama-lama dianggap Agama), TAPI ini tidaklah bermakna kita boleh maki hamun agama mereka atau membuat sesuatu kenyataan yang menyinggung sentiviti Agama mereka.

Bukankah ini dilarang oleh Agama kita. Jadi begitu juga pada DAP. Saya tak percaya mereka tak tahu langsung pasal Islam. Mustahil perkara dasar pun mereka tak tahu. Kita ni Tuan, tak perlu ke Universiti mana pun nak tahu beza benda benda asas seperti apa yang patut kita buat dan kata.

DAP bukan bodoh. Kalau dunggu pun mereka tahu atau sepatutnya tahu benda benda apa yang boleh dicakap atau tidak. Inikan pula bila menyentuh hal Agama orang lain. Tapi oleh kerana ramai orang Melayu Islam sekarang yang MEMBELA dan MENYEBELAHI mereka WALAU APA pun yang mereka buat. Jadi apa yang kita nak herankan, Naik TOCHANGlah Cina Cina DAP ini semua.

Berpuluh tahun benci ini terpendam di lubuk Kalbu masing masing. Akhirnya inilah masa untuk meluahkannya dan pada masa yang sama ada sokongan dari Orang Melayu Islam sendiri atau tindak tanduk mereka. Berbeza betul perjuangan jihad kita di Malaysia berbanding dengan mereka di Palestin, di Cina, Di India dllnya. Tuan sendiri lebih maklum.

Umat Islam di negera negera di atas ditindas dan dianiya walaupun mereka tidak menghina Agama rasmi tempat mereka bernaung. Inilah satu lagi catatan sejarah dalam tamadun manusia di Malaysia mengenai perjuangan ke Arah Islam. Apa-apa pun Allah swt Maha Mengetahui, jika kita ikhlas atau tidak dalam perjuangan kita menegakkan Islam walau di mana. Sebesar dzarah pun kebaikan kita akan dibalas begitu juga sebaliknya.

Tuan lebih maklum dari saya. Diucapkan Selamat Menyambut Ramadah, semoga Allah swt ampuni dosa dosa kita dan kita semua mendapat barakat darinya.

I.S.A: Tentera-tentera dari Neraka


Panglima agung mereka ini mungkin juga jelmaan setan dari neraka atau mungkin juga jelmaan dari Dajjal pembawa kesesatan umat diakhir zaman. Cita-cita Panglima agung ini hanya satu - untuk menjadi raja ..beraja dimata dan bersultan dihati. Nafsu besarnya menghalalkan segala yang diingini. Baginya kota itu mesti ditakluki sama ada dari depan atau membolosinya dari belakang. Kepada semua rakyat Malaysia, janganlah kita terpengaruh dengan kata-kata dan pendustaan mereka itu. Janganlah kita tertipu dan terpedaya oleh mereka. Turuti akal dan bukan nafsu.

Imej Islam dipermain & dipergunakan Pakatan Rakyat


Tatkala ini begitu banyak gambar gambar orang kafir pakatan atau individu politik dikaitkan dengan gelaran haji dan berimej serban/kopiah. Pada aku, ini adalah tindakan yang tidak wajar. Memang ianya bertujuan untuk menyindir orang islam yang menyokong pakatan terutama PAS tetapi ianya tetap tidak molek.

Gelaran haji, serban atau kopiah adalah sesuatu yang baik dan mulia dipandangan umat islam di negara ini. Oleh itu aku harap tiada lagi orang kafir pakatan atau mana mana individu politik dikaitkan dengan mana mana imej islam.


Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini

Anwar - Pengkhianat Bangsa + Peliwat Sebangsa

Kenapa hanya semalam TS Muhiyidan tahu bahawa Anwar Ibrahim pengkhinat bangsa! Anwar kerana dendam setelah dipecat TPM dan ahli Umno, terus mengorak langkah bagaimana menjahamkan parti yang memperkayakan diri dan sanak saudara dan kawan-kawan rapatnya.

Anwar Ibrahim dari tahun 1993 ingin jadi Perdana Menteri, kerana itu dalam pemilihan UMNO masa itu mantan PM Tun Dr Mahathir terpaksa memberi sokongan kepada Anwar menggulingkan Abdul Ghafar Baba, kerana takutkan Anwar bertanding jawatan Presiden Umno, kerana masa itu, setiap pencalonan membawa undi 10. Anwar masa itu telah menguasai hampir keseluruhan bahagian-bahagian Umno melalui team wawasannya, kerana Anwar telah membelinya dengan wang ringgit.

Anwar dalam mencapai cita-citanya perlu menghancur sokongan melayu terhadap Umno,kerana itu sahaja cara untuk Anwar mendapat jawatan PM. Hook or by crook, Anwar mesti menghancurkan sokongan melayu terhadap Umno, apakah melalui muslihat kotor seperti fitnah tetapi juga melalui kekerasan termasuk demonstarsi.

Demonstrasi jalanan adalah usaha untuk melupuhkan ekonomi bandar raya Kuala Lumpur. Pengelaman menununjukan bahawa akibat demonstrasi hidraf tahun 2007, ekonomi merosot sehingga 90% terutama di pusat membeli-belah seperti KLCC, Sogo, Midvalley dan Berjaya Times square.

Demonsatrasi hari Sabtu lalu menurut menteri wilayah telah mengakibatkan kerugian bisnes mencecah 200 juta, tidak teramsuk kerusakan harta benda dan ganguan emosinal penduduk sekitar.

Tindakan pambangkang kini adalah untuk melumpuhkan perekonomian negara, mencipta ketidak stabilan negara, menghalau pelabur dan mengekang kedatangan pelancong. Mengingat taktik pembangkang ini, adalah perlu mulai sekarang kerajaan mengwujudkan preventive action, agar negara dan rakyat tidak menjadi mangsa sebahagian kecil pelampau ini. Biar negara lain cakap apa, asalkan negara aman. Kerana betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Menteri dalam negeri perlu bertindak sekarang!

Melayu berpolitik xhabis-habis. Bangsa lain kaut peluang kekayaan.

Perihal bukan Melayu.. semakin hari semakin kaya...


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melanggan baki sejumlah 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera yang ditawarkan untuk semua kaum semalam. Peluang kepada semua kaum sentiasa diberikan oleh kerajaan.


Perihal bukan Melayu.. semakin hari semakin kaya...


Lihat ulasan Tun Mahathir dalam catatan terbarunya bertajuk -kaki dalam kasut "Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan."

Jgn mudah terpedaya dgn lakonan pemimpin DAP, PAS & PKR

Anggota Umno diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan lakonan pemimpin DAP, PAS dan PKR yang sejak akhir-akhir ini mempamerkan wujud perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik untuk mendapat perhatian rakyat.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata ini dapat dilihat dalam kes perobohan pusat penyembelihan babi di Taman Berjaya, Alor Setar oleh kerajaan negeri Kedah.

Berikutan itu DAP negeri mengumumkan keluar dari pakatan pembangkang negeri itu, tetapi akhirnya menarik balik keputusan itu setelah perbincangan antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Taktik bergaduh sesama mereka dapat juga dilihat di Selangor apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mendesak kerajaan negeri Selangor merombak barisan Exco Negeri, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Serdang di sini Ahad.

Beliau berkata inilah cara digunakan pembangkang agar rakyat tidak mempersoalkan apa yang mereka telah buat, dan apabila terjadi perkara seperti, Umno diminta memberi respon dan berkata "Oh mereka adalah pakatan yang rapuh dan telah berpecah."

"Tetapi selepas itu mereka masuk semula (bersatu). Kalau mereka tak buat macam ini, mereka tak ada modal nak buat. Jadi kalau tidak pun, mereka akan salahkan BN (Barisan Nasional)," katanya.

"Jadi kita (anggota Umno) jangan mudah terpedaya. Mereka tidak berbuat apa-apa untuk rakyat dan hanya menggunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Pada sidang media kemudiannya, beliau berkata Pemuda Umno kini masih menunggu maklumat lanjut dari Dewan Pemuda Pas mengenai wacana ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS itu.

Razali berkata Pemuda Umno telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan hanya menunggu Dewan Pemuda PAS menetapkan tarikh, masa dan tempat.

Pas Menang Nyawa Ikan & 65 Undi Lagi adalah undi Ikan Keli

Pisau mengucapkan tahniah kepada calon PAS abe Uji kerena memenangi DUN Manik Urai, inilah kemenangan yang paling buruk sejak pru12, sedikit atau banyak jumlah undinya,PAS masih tetap mengekalkan kerusi penyandangnya.

Kemenangan yang tidak mengembirakan pimpinan PAS ini,menandakan faktor Tok Guru sudah tak releven lagi di Kelantan, hampir tiap hari tok guru berkempen siang dan malam,namun indikasi terjemahan undi mengambarkan berlaku penolakan dalam jumlah yang besar dalam majoriti undi kali ini.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi. adalah kemenangan tipis buat PAS yang sebelum ini mendabik dada mampu meraih lebih 2000 majoriti undi.

Pisau cadangkan kepada pucuk pimpinan BN agar meneliti semula dengan tawaran TPM jika menang akan membina jambatan di sana, Bukti kan kepada Rakyat Manik Urai didahulukan,tolak sebentar perbezaan politik, walau pun kalah,BN harus tetap membina jambatan untuk rakyat di Manik Urai. Buktikan kita menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang prihatin. Nasib 5,283 pengundi yang memilih Tuan Aziz harus diberikan perhatian,tanpa mengira BN kalah.teruskan agenda rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Selepas ini, Pisau berharap kerajaan tidak menunggu tibanya pilihanraya baru tergesa gesa memberi pelbagai janji, setiap pemimpin tempatan harus mengambil pendekatan yang proaktif untuk meraih kembali kepercayaan pengundi,dekatkan diri anda dengan penduduk tempatan, jangan lah sombong dan tidor.Ambil berat dan prihatin nasib rakyat.Jangan menjanjikan bulan dan bintang ketika tibanya pilihanraya.

Di siaran TV Awani malam tadi, salah seorang panelis mengakui jentera BN kali ini lebih efektif dalam meraih pengundi rakyat berbanding jentera PAS yang hilang arah,pujian harus diberikan kepada Tok Pa dan seluruh jentera BN yang berkerja keras semasa tempoh kempen.

Buat Tuan Aziz,anda jangan kecewa,teruskan berkhidmat untuk rakyat Manik Urai,buktikan anda relaven dan diterima oleh masyakarat setempat. Barangkali selepas ini,semasa PRU13 Tuan Aziz mampu mengalahkan Abe Uji.

TanSri Muhiydin wajib mengotakan janji pembangunan kepada rakyat di Manik Urai.. kalah tak bermakna janji tidak perlu dikota..insyallah janji pembangunan yg direalisasikan lebih mulia dari janji pangkah pas masuk syurga fartamorgana.

Hasil Tulisan Megat Pisau

Apa nak jadi dengan pakatan penyamun, peliwat & perogol ini?

Pada Jun 4, Johari daripada PKR telah mengetuai lapan orang ahli Majlis, semuanya daripada PKR, untuk memboikot upacara angkat sumpah Mokhtar sebagai presiden Majlis Perbandaran. Johari mahukan jawatan itu dipenuhi oleh seorang wakil PKR sahaja.

Sekarang geng DAP di Pulau Pinang sedang tai chi isu ini dengan mengatakan bahawa Lim Guan Eng telah pun bincang isu pemecatan Johari dengan Pengerusi PKR Penang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Tapi Johari pula kata bahawa Zahrain tak tahu apa pun pasal isu ini. Johari kata dia dilantik oleh PKR untuk menjadi ahli Majlis, bukan oleh DAP atau kerajaan negeri. DAP pula mencabar balik, kalau begitu ceritanya, cubalah PKR melantik semula Johari menjadi ahli majlis !! So Cubalah ! Tengok siapa lagi kuat DAP atau PKR? Selanjutnya...

Sumber Dialog Dewasa

Pas hanyalah parti hangat-hangat tahi ayam


PAS kerap kali berangan-angan ingin mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari mandat yang sekarang ini dipikul oleh Barisan Nasional. Walaupun mereka sedar peluang itu sukar sehingga sanggup berkompromi dengan DAP dan PKR, cita-cita tersebut tak pernah padam mungkin sehingga Nik Aziz "padam"!

Sebagai satu parti yang bercita-cita besar, keupayaan mereka dalam berkomunikasi sesama sendiri perlulah mempunyai kesatuan tanpa kerahsiaan. Namun begitu, PAS tidak mempunyai ciri-ciri seperti ini untuk menggambarkan cita-cita besar mereka. Ditambah pula dengan sikap Nik Aziz yang semakin mengalami sindrom berlagak sombong sejak akhir-akhir ini.

Kita dapat lihat sejak kebelakangan ini, beberapa tindakan luar dugaan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin-pemimpin terkenal dan popular PAS. Apabila dipersoalkan semula kepada pimpinan yang lebih tinggi mengenai tindak-tanduk anak buah mereka, jawapan yang sering terkeluar dari mulut mereka adalah "TIDAK TAHU!".

Kalau dalam sessi temuduga, jawapan "tidak tahu" ini bakal menyebabkan harapan untuk mendapat sesuatu pekerjaan tersebut akan gelap la jawabnya! Jawapan "tidak tahu" boleh menggambarkan seseorang itu memang tidak mengambil berat tentang perkembangan atau permasalahan yang timbul di dalam sesuatu organisasi.

Sayangnya, inilah sikap PAS yang banyak dipertontonkan kepada masyarakat sekarang. Sebagai contoh mudah, apabila Ustaz Nash ditanya mengenai tindakan Nizar menjadi beruk sarkas di dalam Parlimen, jawapannya tidak tahu, kemudian muncul pula isu poster Haji Hadi yang dikatakan tidak akan dinaikkan di Manek Urai, Mahfuz juga mempunyai jawapan yang sama, tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.

Tak cukup dengan kes tersebut, kemudian muncul balaci terbesar DSAI, Zaid Ibrahim yang dikatakan akan bertanding pula di PRK Bandar Tun Razak dan kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi tersebut untuk tujuan tersebut. Eeee..berapa banyak "brahim" daaa..maka ditanya lah pada PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan Bandar Tun Razak, Mohd Shukor Abdul Azz berkata beliau dan barisan kepemimpinan PAS kawasan tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

Paling terhangat sekarang pula mengenai Nik Aziz yang beria-ia benar mahu berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib mengenai masalah-masalah yang tersimpul dalam PAS. Nik Aziz mula bongkak dengan beberapa kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini dan dia kini mula berani mengorak satu langkah lagi ke hadapan untuk mencabar PM Malaysia untuk berdebat. Dan perkara ini sekali lagi dirujuk kepada Presiden PAS sendiri mengenai perangai huduh Mursyidul Amnya dan jawapan yang diperolehi telah dijangka, tidak tahu.

Oleh yang demikian, cuba kita simpulkan dari perkara-perkara di atas yang telah dicerminkan oleh PAS sebagai satu Parti yang dianggap mempunyai cita-cita yang amat besar di masa hadapan. Amat mendukacitakan sekali!

PAS tertinggal ke belakang mengenai maklumat-maklumat mengenai hal-hal dalaman mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin atasannya telah diabaikan dengan maklumat penting oleh sesetengah golongan yang menjadi kunci informasi. Malah, jika dapat dilihat secara lebih mendalam, PAS secara keseluruhannya tidak mempunyai jaringan komunikasi yang sempurna walaupun mereka berbangga mempunyai Blogger Network yang yang dikatakan amat hebat dalam menyampaikan maklumat!

Jika sekalipun perkara-perkara tersebut menjadi kerahsiaan dalaman parti, sekurang-kurangnya berilah jawapan yang lebih meyakinkan kepada masyarakat. Kalau dah semua jawapannya TIDAK TAHU, nampak sangat la PAS ni kena tinggal di belakang ataupun sengaja diorang tak bagi tahu!

JADI, Apa yang PAS tahu sebenarnya? Mengutuk UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan Persekutuan, itu sajalah yang mereka tahu...

DES : Patutlah mereka ini sibuk mengutarakan isu dalam Parlimen sahaja tanpa cadangan, rupa-rupanya apa pun depa TAK TAHU!