Belina Shop

Kerajaan Baru Kedah PAS Makan Pengundi Sendiri


Sedang seluruh dunia sedang kecoh dengan influenza A H1N1 atau lebih dikenali dengan "selsema babi", sumber risikan utara melaporkan pula tentang perihal "babi" dan minatnya Kerajaan PAS Negeri Kedah terhadap haiwan tersebut. Dilaporkan hari ini bahawa Azizan Razak, Menteri Besar Kedah telah menandatangani surat penangguhan merobohkan kandang babi yang terletak di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah.


Hakikatnya, kawasan penternakan babi tersebut terletak sangat berhampiran dengan kawasan perkampungan Melayu. Penduduk kampung tersebut telah banyak mengusulkan aduan tentang bau busuk sisa kumbahan kandang babi tersebut kepada pihak berkuasa, dan pihak berkuasa tempatan telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah diajukan dengan desakan tersebut, pihak berkuasa tempatan telah bersetuju untuk menutup kandang tersebut.

Namun di atas aduan tersebut, pihak "tauke" kandang tersebut telah memohon untuk menangguhkan tindakan merobohkan kandang babi itu. Dan hasilnya, Azizan Razak hari ini menandatangani surat rayuan dan meluluskan untuk menangguhkan tindakan merobohkan premis penternakan babi di Kampung Berjaya tersebut!

Di Kampung Tok Bidan lain pula ceritanya. Kampung itu telah diluluskan untuk dirobohkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Khabarnya kampung Tok Bidan akan dirobohkan untuk tujuan pembangunan setempat. Penduduk-penduduk kampung yang yang dhaif itu bertindak membuat rayuan kepada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk menangguhkan tindakan untuk merobohkan rumah mereka untuk sementara waktu. Ini adalah untuk memberi mereka masa untuk mencari rumah sebagai tempat berlindung yang baru. Namun, rayuan penduduk Kampung Tok Bidan telah ditolak walaupun ramai penduduk meraung merayu agar rumah mereka tidak dirobohkan. Namun, Azizan Razak tidak pula meluluskan rayuan penangguhan untuk merobohkan rumah mereka. Maka, robohlah sudah rumah-rumah penduduk Kampung Tok Bidan!

Anda semua jangan terkejut! Ini adalah dasar baru Kerajaan PAS Negeri Kedah. Inilah "Kedah Sejahtera"! Robohkan rumah penduduk kampung, tangguh dulu agenda merobohkan kandang babi! Babi lebih mulia berbanding manusia! Tak percaya? Tanyalah Ustaz Azizan Razak! Nanti adalah "belit"nya menegakkan benang yang basah! Itulah Pakatan Rakyat yang kononnya "pembela rakyat". Mereka kini lebih selesa jika digelar "pembela babi dan tauke babi"! - MyKMU.net

nota kaki - kesian betul orang kampung Tok Bidan.. minta rayuan simpati pun tak dikisahkan oleh kerajaan negeri. Tetapi bila tauke babi minta penangguhan bukan main lagi meluluskannya. Apa bedanya kedua-dua perkara tu? Fikir logik, Kedah dipegang oleh PAS.. sepatutnya mengutamakan lagi kepentingan penduduk kampung Tok Bidan daripada mengutamakan tauke babi yang menternak babi yang juga binatang haram kepada masyarakat Islam. O... masa pilihan raya umum 12 dulu, bukan main lagi merayu undi rakyat Kedah, bila dah berkuasa sebagai kerajaan negeri apa pandangan dan permintaan rakyat tidak lagi dipedulikan? Sekarang, rakyat harus membuka mata akan kebenaran kepimpinan PAS ini lebih mementingkan WANG daripada kebajikan rakyat. Menteri Besar Kedah menerima duit rasuah daripada Tauke Babi tersebut, tu pasal dia luluskan penangguhan tu. Ceh! Dorang lagi la berstatuskan kerajaan haram.

0 comments:

Post a Comment