Belina Shop

PAS Tolak Pengaruh Anwar Ibrahim

Kelmarin Nik aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menyokong jika benar-benar wujud kumpulan Erdogan dalam Pas. Meski pun apa tafsiran Erdogan itu bagi Nik Aziz tetapi yang jelas sokongan itu telah Nik Aziz nyata kan secara terangan.


Semalam salah Ahli Jawatan kuasa Lujnah Politik Pas, Khalid Abdul samad yang juga dianggap salah seorang Kumpulam Erdogan membuat kenyataan yang tegas mahukan perwakilan ke muktamar Pas minggu ini membuat pilihan untuk menyokong kumpulan pro muqabalah dengan UMNO atau pun yang anti muqabalah!!

Kumpulan Erdogan dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dimana kumpulan ini memang menentang sebarang usaha untuk mewujud kan persafahaman dengan UMNO. Jika benar-benar berjaya usaha muqabalah , ini pasti akan memberi tamparan hebat kepada anwar Ibraim dan dengan tidak secara langsung akan menghakis peranan anwar untuk membuat pencaturan dalam Pas!!

Tetapi yang jelas, kumpulan pro muqabalah telah mula melihat pengaruh Anwar Ibrahim yang semakin kuat , dan satu cara untuk menyekat pengaruh anwar adalah dengan mewujudkan kerjasama bersama UMNO!!

Melihat kepada situasi itu ternyata, masih ramai pemimpin dan ahli Pas yang jauh mempercayai UMNO daripada Anwar Ibrahim sendiri!!

Dan kita akan menyaksikan pada pmilihan Muktamar Pas ke 55 ini, apakah Pas yang pro Anwar Ibrahim akan mampu merampas tampuk kuasa dari golongan Ulama yang terang-terang menolak pengaruh Anwar ibrahim dalam Pas!!

0 comments:

Post a Comment